Friday, August 21, 2009

Cerita sedih hari Jumaat

Tadi aku pi tapau. Masa aku pi gerai ni, ada lah kakak-kakak dua orang ni dok menunggu. From their cara pemakaian and anak-anak depa yang berderet, aku anggap depa ni housewife lah. Desperate ka tak desperate ka aku tak tau sebab tak kenai…

Tidak lah terlintaih di pikiran ini untuk meng-eaves drop tetapi ia tetap berlaku di atas sebab-sebab close proximity nya di antara kami dan juga sebab aku kena tunggu makanan aku. Lapaq weeii… esok dah start posa… Alasan….

Anyway, aku agak kurang senang dan kecewa dengan bahan butiran perbincangan mereka. Cerita mereka lebih kurangnya begini.

Cik Kiah (for whatever reason…aku bagi nama ni… jangan ada Kak Rokiah yang dok kat Shah Alam pulak terkecik hati…) ni ada adik ka kakak ipaq ka aku tak sure. Adik/kakak ipaq dia ni anak dua pastu wanita bekerjaya lah gitu…

“Pemalas betullah Ani tu (nama samaran). Rumah tak bersapu. Tunggang langgang. Apa salahnya balik office tu sapu-sapu sampah pun jadilah. Adik dia duduk dengan dia tu. Sambil-sambil tengok tv tu, lipat-lipatlah kain. Anak baru 2 pun tak boleh nak handle. Aku kan anak 5, keluar masuk, keluar masuk hantar ambik sekolah lah, tuition lah pun rumah boleh kemas.”

“Kak Kiah kan ada maid, memang lah rumah kemas kak oii…” Kata kawannya Cik Piah… he he… sungguh takdak imaginasi nak bagi nama.

“Eh… maid aku pukul 8 dah tidur.. Aku jugak yang jaga budak-budak… Masalahnya begini. Kalau dah malas buat kerja rumah, ambiklah orang gaji. Ini kedekut semua nak buat sendiri…tapi tak buat pun. Lebih rela rumah berkubang. Semalam aku pergi dia sibuk pegang anak… Asal aku pergi pegang anak… Yelah, alasan tak nak berkemas kan.. Orang malas je yang keje pegang anak. Tak payah menyapu, menggosok...”

Cik Piah diam. Agaknya dia rasa no point kot nak bertekak dengan Cik Kiah yang sangat determinenya nak mengutuk ipaqnya tersebut.

Part ini yang paling aku marah. “Dia tu pun kerja duduk aje.. mengadap komputer satu hari… Apa yang penat ? Duduk aje .. penat ke ?”

Aku lempang jugak perempuan ni.

Aku kalau jahat le macam ko Cik Kiah, aku pun boleh cakap kalau hang ni terer le bebenor, yang hang pi tapau makan buat apa ? Masaklah. Orang tu agaknya pegang anak tu sebab rindu. Mana lebih penting, kemas rumah ka, belek anak ka ?

Kalau dia sibuk dok mengemaih anak terbiaq, pun aku sure hang kutuk punya. Bagi aku either way, is your own choice. Hang buat yang ni hang terlepaih yang lagi satu. Whatever you like lah… Nak juggle dua-dua bukannya senang. Mungkin Ani ni memang tak pandai berkemas tapi dia ibu mithali yang tahap gaban punya, salah ke ?

Granted that I do not know the full story but I am actually very sad that this woman has no love lost for her ipaq. Aku kakak ipaq aku sorang saja, dah tak dak dah pun.. Hari-hari dok teringat. 80% benda yang aku buat setiap hari mesti buat aku ingat kat dia.

I love Shera very, very much. Even masa dia hidup aku sangat-sangat appreciate dia and banyak benda yang aku buat untuk menggembirakan hati dia. Bukan berlagak tidak, tapi kita dah jadi keluarga, kita acceptlah dia seadanya. Kita nak cakap banyak sangat pun adilkah ? Perfect kah kita ? Sempurna sangat kah kita ?

Masa Shera hidup, aku rajin pegi rumah dia. And aku tak nafikan rumah dia memang kurang kemas. Tapi kakak aku kerja, dia maid pun tak ada. Hari-hari, dia hantar anak-anak rumah Mummy and petang karang baru balik. Masa tu pulak, I was living with PIL. I have no maid sure, but my PIL ada maid. Walaupun maid tak berkerja untuk aku, tapi aku tak payah buat kerja rumah. Setakat kemas bilik, gosok and susun baju and jaga anak bila aku balik. Masak pun untuk kami 4 beranak aje sebab my PIL suka makan luar.

Sebab itu, setiap kali I am over at Shera’s, kalau dia kat atas, I will quickly sweep the floor and basuh pinggang kalau ada. She knows Minah tu, what I was up to. Setiap kali muka aku terjojol kat pintu dia, she will warn me, “Jangan sapu sampah tau… nanti I buat…” Aku sengih je tapi buat jugak. Bukannya apa, aku kesian. She is tired. Nak mengadap anak lagi, nak masak lagi, rumah tunggang langgang lagi.. aku tau dia mesti runsing punya. Apa salahnya aku menggembirakan dia sikit, kurang kerja dia sikit ?

And tak pernah lah dalam aku dok curi-curi tolong dia buat kerja rumah, aku cerita kat orang betapa kotornya rumah kakak ipaq aku dan betapa malasnya dia. Lagipun sebelum aku duduk with my PIL, aku pun duduk rumah sendiri tanpa maid. Ada Abang and baby Adik. Yang penting masa tu spend time dengan Abang and Adik and buat laundry okay ? Karang bogel lak kami kalau tak buat laundry ha ha...

Mummy pun selalu masak siap-siap untuk menantu kesayangan dia and offer untuk tapau bawak balik. Semua untuk menyenangkan kami anak-anak dan menantu dia yang bekerja. Kadang-kadang bila dia sampai rumah Mummy nak ambik anak, she will watch the telly first, rehat kejap. Selalunya dia mesti tertiduq dengan Yana atas dia, Esya kat sebelah. Mummy kalau nampak tu, mesti dia angkat Yana supaya mak Yana boleh rehat kejap tanpa gangguan.

Kadang-kadang dia terjaga masa Mummy ambik Yana and she will always gelak and say, “Tak pa, Mi.. biar Shera jaga…” tapi Mummy selalu suruh dia tidur balik and bawak Yana lari. Jangan kacau ibu, okay Yana ? Esya jangan bising.

Mummy suka sangat kalau weekends ajak breakfast rumah Shera. Aku nanti akan borong makanan dari Cili Merah (mana lagi ?), enough to last until lunch usually, and kami makan ramai-ramai. Shera suka sangat kalau kami buat macam ni. You can see how happy she was, dengan gelak dia and senyum dia tak lekang. Pastu kalau dia bercerita… ha ha…

Kalau aku sayang kakak ipaq aku, awat hang tak buleh sayang ipaq hang. Kita semua cara hidup berbeza atas sebab environment, experience and ajaran mak bapak kita. Benda-bend kecik macam tu, tak payah cerita tak payah kutuk lah. Kalau orangnya baik and subject kutukan mu hanya benda-benda bodoh macam tu, then kita concentrate aje lah dengan kebaikan dia.

Kalau adik, abang or kakak kita boleh sayang bini or laki dia, apa salahnya kita pun sayang sekali ?

Aku rindu dia sangat-sangat, Shera ni. Aku sebenarnya malas nak tulis pasal dia sebab aku mesti nangis punya macam sekarang ni. Tapi aku tension dengar orang kutuk adik-beradik sendiri (ipaq pun adik beradik kan…) pasal benda-benda yang tak penting macam tu. Kalau bercerita tu lain, setakat macam tak paham ka tabiat orang tu and kita macam nak cari pendapat kenapa orang ni lagu ni, itu lain tapi ini kutuk… Aku rasa mungkin yang membezakan kutuk and setakat nak bercerita is your tone. And memek muka mungkin. Ada my friend baru-baru ni bercerita jugak pasal adik ipaq dia... tapi aku tak pulak panaih telinga sebab tone dia tu ikhlas. Dia cuma tak paham kenapa adik ipaq dia lagu tu. Bila bercakap pun muka berkerut-kerut sebab tak paham... Itu bagi aku okaylah.
.
Ye lah... mungkin tone Cik Kiah tadi yang penuh ... er... apa ya ? Penuh perasaan yang tak best lah yang buat aku tension

Plus Cik Piah tu tadi cuba bagi alasan kat dia kenapa rumah Cik Kiah buleh kemaih berbanding dengan rumah Ani tu tapi langsung tak mau terima.... still insisting Ani tu ntah apa-apa. That in my book is kutuk, kay. Kalau dia tak buat salah kat hang… cerita baik-baik saja, sudah lah….

Kalau dia jahat, aku pun nak tumpang dengaq… he he…

6 comments:

Puteri's territory said...

Myra,
Arwah Shera mungkin tak byk masa nak mengemas because she had so many things on her plate already. Tapi kalau dia dah start mengemas, it'll be spick and span tau!

Tapi Shera yang I ingat was a great mother to her children. Layan anak and angkut them everywhere dia pergi sorang2 dia and she managed them fine.

Am truly sad that dia pinjamkan sekejap to her children, family and friends. She was a great friend, definitely one in a million.

Moga Allah mencucuri rahmat ke rohnya. Shera moga kau tenang dan selamat disisiNya.

I really really really miss you, Shera.

Cik Puan Kamil said...

Kak Puteri, yeah I know... that is why I tak kisah nak tolong dia... Penat... Kerja lagi, anak lagi... That is why I tak paham orang senang tuduh orang malas.... Cakap senang kan ?

Shera is no way pemalas.... Kalau kita orang ada kenduri, dia yang paling cekap buat kerja... Even kalau mummy tengah masak... she will at least tolong kacau lauk or basuh pinggan...

She is sooo.... special.... I really miss her..

Sheik said...

"basuh pinggang" tu apa? cam haemodialysis ke?

bukan semua kerja kita boleh buat. kalau tak sempat kemas bior aje..

bila kita ada satu masalah, ia tetap satu masalah. tapi bila bebel macam akak-akak tu, dah jadi 2 masalah.

moral: bila ada masalah jadikan ia satu masalah, bukan dua.

Cik Puan Kamil said...

Sheik, laa ko tak tahu ke aku pakar buat dialysis tanpa mesin... kah kah kah....

Orang yang ada orang lain buatkan and ada masa nak buat senang lah cakap kan....

Jangan pandang rendah kat orang lain itu and rasa cara dan hidup kau tulah yang paling best sekali...

Bukannya nak tolong, kutuk pulak... Aku sangat disappointed dengan Cik Kiah... he he

Desert Rose said...

mYRA, aku pun nak tanya pertanyaan yg sama ngan Sheikh...

Anyway, aku rasa perangai Shera tu macam aku la, aku lgi pentingkan dok ngan anak2 dan laki dan family drp nak mengemas. Sb aku rasa aku dah curi bnyk masa depa by being a working mum. Lebih baik anak aku happy dok umah drp nak dok kat sofa pun takut mak jadi Tarzann.

So aku kemaih rumah at wee hours, tgh malam pun aku mop lantai. Kalau aku start kemas aku akn obssessed dan buleh berenti.

Kak Kiah,hg paham ka masalah org??? Jgn nak kutuk tak kena gaya mcm baguzzz.

Ani, saya pun penah kena kutuk ngan ipaq saya, tapi dah terserlah dia mg dengki ngan saya, saya tak heran langsung, lagi la saya sukaaaaa

Cik Puan Kamil said...

Samalah ngan aku Eja... yang penting belek budak, mandikan depa, bagi makan.... Dah siap semua tu mana ada masa nak kemaih... Buat yang ala kadar cukuplah....

Satgi bila dah besaq depa tak ada memory dengan mak, depa cuma ingat rumah aku kemas dan bersih... Best ka tuh ?

CIk Kiah tu tak kerja, tak paham penat orang macam mana....