Wednesday, November 11, 2009

Girl's Night Out

Aku pergi mengukur jalan semalam. Ngan Desert Rose (aku selalu lah nak tulih hang Dessert Rose... he he…) ngan Edelweiss. Tepat pukui 5.45 aku cabut keluaq office pi ambik Pn DR pastu zoom teruih pi 1U.

Aku bawak kereta ayu-ayu gitu sebab kereta baru satu, belum besa. Sebab kedua ialah laki aku bayaq kereta tu, kalau aku bayaq tak pa gak… Ini yang malaih kalau orang belikan sebab kena ambik kira orang tu jugak. Dapat pulak dapat laki yang acapkali buat inspection bila aku balik… Haii….

First time jumpak Edelweiss teruih serasi. Alhamdullilah. Kami duduk bersembang depan Kebab King while waiting for Maghrib. Punyalah rancak berbual diselang-seli dengan hilai tawa seperti langsuyaq, orang lalu lalang dok pandang. Aku rasa orang yang dok makan kat Kebab King tu pun tak buleh concentrate dok tengok kami.

Dah lama aku tak buat review wayang na ?

Well here goes.

Movie : Time Traveller’s Wife

Aku benci cerita ini sebab sungguh lah sedihnya. Aku benci… aku benci. Kalau lah si Kamil tu yang kejap hilang kejap muncui.. aku rasa muka aku berkedut lepas 5 taun kawin ngan dia, punya stress. Bak kata Mynn, sasau aku.. Pastu asai muncui telanjang, asai muncui telanjang… aku mesti naik hijau punya. Dahlah Eric Bana tu hensem ya rabbi... (Hmmm kebetulan Eric Bana pernah hijau masa jadi Hulk. Terbukti sesuailah kami berdua ni sebenaqnya). Ni nak bagitau hangpa.

Bila tengok cerita ni, timbul sedikit (the operative word is sedikit.. so don’t know how long this will last) penyesalan dan keinsafan di dalam diri ini. Aku meluahkan perasaan aku kat DR. Aku kata kita sebenaqnya tak buleh lah nak bergaduh lama-lama, berdendam lama-lama, chom lama-lama… Every second, every minute is precious. Don’t take for granted lah your loved ones kan. Pandai aku berkata-kata.

Yang aku paling tak puas hati ialah, walaupun lelaki itu adalah mengatakan kepada bininya “I do not want you to wait for me forever” or something of that effect, aku sedih giler bila si bini itu akur dengan kata-kata suaminya tadi and ambik baju tu bawak balik masuk rumah.

Kalau aku lah, aku lipat elok-elok and letak atas kayu tu balik. Pastu letak telepon sebelah supaya dia buleh call. Itu lah part yang aku paling tak boleh terima langsung. Dan part itu jugaklah yang buat aku keriau sebelum aku tiduq malam tadi. Aku dok terbayang Eric Bana itu dok terbogei dalam hutan tu, dok sorang-sorang sebelum dia travel balik. Dok termenung tang tu. Hai... tak sampai hati aku.

Eric Bana wei, Eric Bana ! Ada ka hang buat lagu tu kat Eric Bana ? Tom Cruise tak kisahlah gak. Ini Eric Bana !!! Sampai hati minah ni…. Aku dendam ngan hang.. Jaga..

Lepas sok sek sok sek srrooot srrooot pekik-pekik sikit sebab minah itu adalah lembabnya berlari, lampu terpasang dan kami pun harus pulang. Terima kasih Mynn kerana belanja. Next time aku bayaq pulak na….

Pulanglah kami kepada anak-anak dan suami masing-masing, terkenangkan Eric Bana. Hai…

Nak dijadikan cerita, sambil dok driving malam-malam tu, buatnya pulak hujan. Pastu dok sibuk mulut ni pot-pet pot-pet, mai kereta dari belah kanan pecut pastu habih melimpah ayaq kena kereta, mem blurkan cermin depan aku. Dalam masa tu jugak ada kereta Kembara dari kiri yang nak masuk jalan. Aku punyalah panic sebab belum hapai lagi belah mana windscreen wiper punya switch. Adalah dalam 10 saat aku bawak kereta cermin depan tak nampak, sambei dok tergapai-gapai nak activate wiper. Pastu nak kena jugak perhatikan kereta Kembara tu yang macam tak nampak aku yang dok ada tang tu. Nasib baik hon kereta universally kat depan mata. Bagi sekali hon.

Bak kata DR, defensive driving namanya ni.

Haram sungguh !

Sebelum itu, bila ada kereta lain yang keluaq dari simpang, aku hon awai-awai supaya dia nampak aku ni nak lalu. Haa tu dia… aku punya tensen.

Dah sampai rumah DR, cerita tak habih lagi so kami duduk lah berdua berdating dalam kereta bercerita berbagai sampai lah pukul 10.35 malam baru aku berangkat pulang. Dan aku adalah masih penakut ropanya sebab dalam kereta, aku mengaji kuat-kuat…

He he…

11 comments:

knv said...

keji betoi hangpa pi aku takleh join tau! nanti balik malaysia kita pusing naik keta baru hang wokeh?

Cik Puan Kamil said...

Iyolah... Sampai hang penin aku bawak pusin na... Balillah cepat... Bawak kasut Clrks banyak2 kat aku...

PS : Ni nak tanya kalau aku pesan kasut kat hang, hang rela dak ? Aku masuk duit awai2 sebelum hang pi beli... tapi beli kat Factory lah.. tak mo kat kedai..

Sheik said...

huih, aku masih tegar menunaikan tanggungjawab ku komen di blog hang...mula2 taip nama blog, aku dah salah taip pi blog minah mana ntah http://www.hi-mum.blogspot.com/

ooh sunnguh menarik sinopsis ceta ni...memberikan keinsafan kepada para iteri supaya jgn gaduh dgn laki..baguih...aku suka lagu tu...

satu lagi...jgn dok suspek suami...hahahahaha..walaupun kami kaum lelaki zaman ni belum ade teknologi time travel...tapi kami masih boleh travel ke kedai mamak bila chom..

hmmm ade kawan aku kedai mamak tu mmg tempat feveret dia...kah kah kah

Anonymous said...

kita kawan myra....nak kirim jugak buleh ka....? bila nak balik? :) bei

Cik Puan Kamil said...

Sheik hang kata lah lagu mana pun... sangsi is king... Keh keh... Itu namanya sayang.. kalau tak sangsi maksudnya dah tak peduli...

Aku nak pi check blog yang nama lebih kurang aku punya itu..

Cik Puan Kamil said...

Bei... kah kah kah !

Anonymous said...

ha ha ha mamak sek 11 tgk muka aku aje...dia dah paham..Teh tarik suam gelas besar satu....wahai tobib aku rindu masa kita berdua-duan kat karim sambil terkangkang makan cendol dan juga rojak...hu hu hu

-dah jgn speculate aku sapa:D-

Desert Rose said...

kah kah kah, terbuktilah sudah hg lah paling layak dapat award pompuan sasau yg pelawak 5 tahun berturut turut.... 1. gadget henfree hg yg canggeh, nanngess SONY tgk 2. Ngaji kuat2??? Wakakakakakak.

Hg nak boh tipon kat sebelah baju tu , hari2 kena pi dok charge lah, kalau tak baziaq duit tiket aku tgk citer hg, elok2 kol bateri abisss....dan aku telah nampak bayangan Eric Bana di bilik tidurku malam itew dan aku trusss *tak ingat2 apa2 lagi*

Cik Puan Kamil said...

Tak yah speculate.. aku tau hang sapa...

Cik Puan Kamil said...

DR...nasib baik aku ngaji ... kalau aku pooh kanan pooh kiri lagi haru...

Bebeh semestinya lah nak kena charge... kan org kaya ada USD 5 Mil.. takkan lah tak buleh suruh butker pi check hari2 ? Hang sanggup ka nengok Eric Bana yang hensem masya-Allah tu dok sorang2 tang tu ? Aku tak sanggup tau....

Malam tu hang nampak Eric Bana versi En Lan ? Keh keh,,

Cik Puan Kamil said...

DR... aku telah mengsave kan duit hang dari belo hansfree okeh... Berterima kasih lah dengan aku... Altho aku rasa handsfree aku itu adalah sgt tidak elok untuk kesihatan