Monday, October 19, 2009

AAAARRRGGGGHHHHHHHHHHH !

Okeh… forget about my boring description about my weekend as aku tengah super duper angin sekarang.

AAAARGGHHHHH !!!

The story goes like this. As you know, my mother has a cook that has been working with her for the past 15 years. And apart from cooking, she also played a hand finding most of our maids for us. Plus for our close friends and families.

The charges are cheap as there is no middleman to pay. Tak mahal pun aku kena gak RM 3000 when I took Neti. Some of my friends too have enlisted Kak M’s help via my mom. And my mom had been happily helping my friends with the nitty gritty of dealing with immigration because her frequency of taking cooks and maids for herself and her own friends and families have garnered her the experience and the ways and the hows. It also kept her up-to-date with the current rules and regulations.

My mother had never taken any money for herself because she is not an agent. She doesn’t want to be because she does not want the responsibility that comes with it. Maid jahat ke, lari ke atau apa-apa ke… She doesn’t know these people and kalau dia ambik duit that she would feel responsible.

Aku pun kalau ada orang nak, I would explain that we are not agents but we are willing to help. Therefore you need to deal with immigration yourself and we have no guarantee that the person you get will be good. Kalau lari pun, we cannot help.

Sanggup ?

Okay, then I will call my mom and my mom will call Kak M.

Tak sanggup, then we part ways here lah…

Anyway, hari tu a lady called me up and asked if I can help her. She got my number form her officemate, whose wife was my ex-colleague. She needed a maid badly because she is planning to send back her current maid back to the agent that very night. Reason being ? Well macam-macalah perkara yang tak enak didengar. Aku pun seram.

Punyalah merayu nak maid masuk sebelum raya, aku call Kak M straight away. She said she would do her best sebab bulan puasa kan… Susah sikit. Dia pun kesian bila aku ceritalah benda-benda tak best yang kak Kiah (bukan nama sebenar) bagitau kat aku.

Dalam dua tiga hari dok exchange calls, it transpired that she paid her agent about RM 6-7 ribu. I urged her to get her money back. Full. But agent cuma bagi dalam RM 3 – 4 if I am not mistaken. I told her she needs memo keluar kalau tak immigration would not approve her application, and the agent slashed a further RM 1500 for it, sedangkan memo keluar is free.

Okaylah. But when she showed my mother the memo keluar (this after she said she do not know how to isi the borang so I sent her to my mom), it was a different one. One that my mom had never seen. My mom urged them to check with immigration and you know what, in immigration’s system, she is listed as without a maid. So, maksudnya the maid that was at her home was actually not hers. Or even worse, an illegal.

Dah sah kena tipu kan ?

Buatnya pulak 2-3 days after talking to me, so said she still need to discuss with her husband and asked me not to proceed pulak. Kelam kabut aku call Kak M to ask her to halt the process but unfortunately, the agent over there dah bertenggek kat Medan dah. He had found a person and was already in Medan to do her passport and what nots.

Berpeluh-peluh aku ngan Kak M sebab once dia hantar biodata , he would want a deposit and eventually his RM 3500. Kalau minah yang beria dok memujuk merayu kat aku sebelum ni tiba-tiba kata tak nak, aku nak buat apa ngan biodata tu ?

Aku bukannya agent. Kalau agent tak kisah jugaklah, I can still use it for my other clients. Tapi aku ni buat atas orang mintak tolong, itu satu je orang yang ndak pembantu rumah at that time.. so kat mana aku nak jaja bio tu pulak ?

Aku memang panic sebab agent belah sana tu a bit garang. Furthermore we need to maintain a good relationship dengan dia for our own future need. Mana tahu maid mumy kak Idah nak berenti ke nanti. Plus Neti pernah bagitau aku she only wants to work for 2 years as she wants to get married. So kalau agent kat sebelah sana tu bengang dengan kita orang, sapa yang nak tolong buat passport untuk orang baru nanti ?

Aku memang tak tidur malam. Luckily she called a few days after that and said she wants the maid after all. Earlier, when she called me the first time, I told her I would be needing a deposit of RM 1500. But she only gave RM 1000. So my MOM paid the RM 500 with her own money.

Lepas tu dia dok merayu-rayu kan nak sebelum Raya kan ? That is what we told the agent. But after 1 week the bio sampai, borang masih tak berisi. By that time, the agent kat Indon dah memekak sebab he wants his money plus dia takut maid tu karang boring menunggu, pi ikut agent lain.

Ding dong ding dong… Dah dekat nak raya pun nothing is ready. Meanwhile, agent kat Indon mengamuk sakan sebab kata hari tu nak cepat sangat, so mamat tu pun kelam kabut pi cari orang, tapi sampai nan la apa pun tarak kan… Kak M berendam ayaq mata sebab itu orang kampong dia jugak. So, last-last mak aku dulukan duit dia lagi.

Finally, minggu lepas budak tu sampai. And Kak Kiah ni mai ambik Sabtu baru ni after 2-3 days budak tu dok rumah kak M. Bila dia mai, mak aku mintak RM 40. Sebabnya feri depa delayed lepas tu bila immigration lepaih kan, dah pukui 2 pagi. Selalunya Kak M akan bawak naik komuter aje, tapi pukui 2 pagi mana ada komuter ? So terpaksa lah Kak M ni naik teksi. Itu yang extra RM 40.

Hangpa tau ? Dia bising. Dia kata aku janji RM 3500 aje and kenapa ada extra charges. Bila mak aku explain dia kata dia pun buleh pi tunggu sampai pukui 2 pagi tapi sebabnya anak dia demam dia tak pi.

Habih tu awat hang tak pi ? Orang yang kenal dengan mak aku, tahu mak aku jarang marah orang. Tapi hari tu mak aku punya mendidih tengok kak Kiah ni tiba-tiba naik sombong, mak aku tengking balik. Terkebil-kebil pekerja mak aku tengok majikannya mengamuk sebab mak aku tak pernah mengamuk. Marah pun jarang.

Minah tu dah kena tipu beribu-ribu, haram dia tak buat apa. Mak aku suruh report kat immgration pun dia tak mau. Tapi sabit RM40, bukan untuk suka-suka, tapi menyenangkan dia pun dia buleh kurang ajaq. Macam-macam lah dia kata, malaih aku nak cerita tang ni. Whatever it is, cukuplah untuk buat mak aku yang selalunya cool and collected and jarang marah, teruih naik angin, and of course aku turut serta (aku tak dak tang tu… bila mak aku call aku mendidih jugak lah).

Masa dok hangat tu, mak aku terlupa pasai passport maid tu, so mak aku mintak lah kat Kak M. Uihhh… hangpa tau dia kata apa ? “Mari sini passport tu biar saya pegang…” . Laa… tak dak sapa nak pegang passport tu lah… Berlagak.. Bak kata kawan aku yang bagi phone number aku kat dia, “Mentang-mentang dah dapat… berlagak…”

Aku sungguh heran tak terkata. Sebelum ni punyalah baik, berterima kasih memanjang. Pembantu dah mai, jadik lain pulak. Akhir sekali mak aku kata kat dia, “Saya dah tak mahu berurusan dengan awak lagi…”

Lepas tu dia dengan angkuhnya jawab, “Saya pun tak nak berurusan dengan kakak lagi…”

Pastu mak aku jawab, “There is no reason why we should…” Pastu mak aku belah. Dia ada pesan dengan Kak M, dia pesan maaf dia dengan mummy but my mom said NO ! I will not forgive her. Mak aku ada cakap ngan pompuan itu, “sebab awak… saya dah tak nak tolong orang lain dah…”

Ialah, mak aku banyak tolong. Depa mai rumah 2 kali untuk isi borang. Mak aku satu sen pun tak mintak. Dia buat atas ehsan. Tapi kalau dah macam ni… buang masa… Baik mak aku charge. Kalau mak aku ada untung, boleh jugaklah absorb RM 40 tu. Ini, kita kena guna duit sendiri pulak nak bagi kat dia. Apa cerita ? Husband dia ada offer nak bagi jugaklah RM 40 tu, tapi mak aku tak bagi Kak M ambik.

She called Kak M, mintak kirim kan salam dia kat aku with her apologies… well… until she calls me, I will not do so. Aku tak suka orang attack mak kau tak pasal-pasal…. Okeh ?

9 comments:

liadevega said...

hampehnya pompuan tu..i bet that is on of the reason kenapa maid dia yg sebelum ni tak kekal lama. i selalu believe, kalau kita nak org buat baik pada kita, kita kena buat baik pada org lain dulu... well, what goes around, comes around...SMI la...

Sheik said...

meh la aku tolong maki kat depa ni laki bini:

"woi b@bi punya manusia. kenapa hang dilahirkan sebagai manusia, kan lebih baik kau jadi b@bi senang sikit aku jual kat pasar" (weh macam dialog filem p.ramlee : ibu mertoaku)

kiah ni spesis tak kenang budi tahap gaban. tak kawan pun takpa. seposen pun tak rugi...

Cik Puan Kamil said...

Aku tak tahu lah Ya... dia habaq kat aku maid dia tu tunjuk pisau kat anak dia... hang tak seriau ka dengaq ? Itu yang aku pakat2 nak tolong jugak tu... Actually aku tak pernah menolak ...

Sheik... itulah mak aku cakap ungrateful sebab mak aku tolong free tau... Seriusly kami tak taulah berapa percent dalam RM 3500 tu kak M ambik... mestilah ada kan sebab dia guna phone dia nak call lah, upah orang ferry hantar bio ulang-alik kan... Mak aku tak kisah kalau kak M ank buat duit tapi mak aku kata, knowing Kak M dia mesti tak ambik banyak sebab dia ni penakut... Takkanlah kak M tu yang nak absorb 40 rengget tu...

Norliana Abdul Rahman said...

bodo la org mcm ni... kan mak hang tak mau tolong dah... abih sapa nak tolong aku carik maid neihhh!!

huwaaaaaaa!!

eh btw mcm senang jer eh nak ambik maid la ni? aku dok ingat susah la jugak...

Cik Puan Kamil said...

Takdelah Konot... aku rasa dah okay balik dah sekarang...

Tapi kalau hang betui mau, aku buleh tulung tak pa... Cuma kalau ada extra charges... janganlah marah.... HA ha

Sheik said...

Aku rasa kos RM3,500 tu normal. kawan2 aku yg urus sendiri 100% pun paling rendah boleh dapat RM2,800. Tapi itu sendirian berhad gila baban.

Kalau yg guna intermediaries (bukan agent) ada yang keluar antara RM3,000 hingga RM3,500.

So kalau kak M amek komisen sikit kat dia, itu kira acceptable dan rasanya dia bukan mark-up tinggi-tinggi pun... plus, dia pun dah menggunakan masa dan tenaga dia jugak tu dalam membantu pencarian maid.

Cik Puan Kamil said...

Iya betul... tenaga dia pun digunakan. Takkan lah dia buat untuk free aje. Mak aku sebab bukannya tolong apa, tolong jawab soalan2 immigresen and ajar isi borang aje... takkan lah nak charge. Plus depa tak guna Pos Malaysia or Pos Indonesia, depa guna ferry itu sendiri sebab kampung Kak M kat Tanjung Balai.. kat pelabuhan... Itu semua cost okeh ?

Norliana Abdul Rahman said...

3500 acceptable lah...

alahai sikit2 extra charges nak berkira buat apa..

cari pada bayar beribu2 lemon kat agent pas tu kena tipu x dak passport x dak permit.. lagi haru.

kunun ada guarantee.. bila aku mintak tukaq byk btui alasan.

bodopiang punya agent.

mrs kamil,
nanti klu aku seriously nak ambik, will talk to you lah eh.. right now i am still considering my alternatives...

Cik Puan Kamil said...

Konot.. exactly ... Macam yang dia kena kan..

No problem... Mak aku okeh punya...