Thursday, September 07, 2006

7 September - Malam Nisfu Syaaban

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (isnin)

Kalau termampulah.

My Ustaz Osman kata banyakkan mohon keampunan, baca Quran dan solat sunat.

Insya-Allah.

However, bukan dulu ada orang-orangan yang menyatakan bahawa sesungguhnya Malam Nisbu Syaaban ni bukan malam yang istimewa sebenarnya. Ye ke ?

1 comment:

Sheik said...

Nisfu Syaaban ni memang ade keistimewaannya, cuma tiada amalan khusus yang ditunjukkan oleh Nabi SAW secara sahih utk diamalkan.

Kecuali satu hadis sahih yang menunjukkan Nabi SAW memang meperbanyakkan amalan puasa di bulan Syaaban melebihi bulan-bulan lain kecuali Ramadhan.

Kesimpulan: baca apapun sebenarnya bagus, tapi keep in mind ia adalah amalan mendekatkan diri dengan Allah sahaja, bukannya suatu kemestian yang mesti dilaksanakan apabila Syaaban muncul. Dan bagus kalau dipanjangkan ke bulan-bulan lain.